Rabu, 21 September 2011

Taming Sari


Keris Hang Tuah
Segagah tuan asalnya laksamana Melaka terbilang
sarung dan Hulu bersalut emas
Kesaktiannya di luar jangkaan manusia
Terbang keudara bagaikan halalintar
Mencari sasaran musuh durjana
Bukan mudah untuk menghunusnya
Kalau bukan orang terpilih dan kena pada ketikanya

Keris Taming Sari berasal dari nama seorang pendekar handalan dari tanah Jawa dalam Kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah.Pendekar Taming Sari dikatakan seorang yang kebal.Bagaimana pun kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya.
Akhir kesudahannya pendekar yang handal dan kebal ini kecundang juga di sebabkan mati ditikam kerisnya sendiri oleh Laksamana Hang Tuah.
Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka,tidak diketahui kemana menghilangnya keris Taming Sari ini.Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenainya.Ada yang mengatakan ia hilang ghaib bersama Hang Tuah.Ada yang percaya keris Taming Sari telah dibawa ke Negeri Perak.
Menurut Hikayat yang empunya cerita Hang Tuah malu menyembah Duli Yang di Pertuan setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang.Keris diberi kepada Tun Mamat sebagai penebus malu untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.Kekallah keris ditangan Baginda hingga di wariskan kepada Raja Muzaffar Sultan Perak yang pertama.Diturunkan kepada setiap Sultan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.
WaAllah hu alam..