Senjata Tradisional Melayu

Orang melayu zaman sebelum Portugis,Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu sudah pandai dan handal bermain senjata,terdapat pelbagai senjata yang telah digunakan seharian samada untuk kegunaan dalam pekerjaan mereka atau yang khusus untuk mempertahankan diri.Bagaimanapun senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai oleh generasi kini dan akan datang.Senjata senjata ini merupakan warisan bangsa.Ia mempunyai nilai yang tinggi bergantung kepada pembuatan dan usianya.Ia juga menjadi buruan kepada penggemar/kolektor barang antik.