Sabtu, 5 Januari 2013

SEKADAR MERANCANG

lama benar saya tidak mengemaskan laman ini kerana masaalah teknikal.IsyaAllah di tahun 2013 ni mungkin keadaan akan berubah

Rabu, 21 September 2011

Taming Sari


Keris Hang Tuah
Segagah tuan asalnya laksamana Melaka terbilang
sarung dan Hulu bersalut emas
Kesaktiannya di luar jangkaan manusia
Terbang keudara bagaikan halalintar
Mencari sasaran musuh durjana
Bukan mudah untuk menghunusnya
Kalau bukan orang terpilih dan kena pada ketikanya

Keris Taming Sari berasal dari nama seorang pendekar handalan dari tanah Jawa dalam Kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah.Pendekar Taming Sari dikatakan seorang yang kebal.Bagaimana pun kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya.
Akhir kesudahannya pendekar yang handal dan kebal ini kecundang juga di sebabkan mati ditikam kerisnya sendiri oleh Laksamana Hang Tuah.
Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka,tidak diketahui kemana menghilangnya keris Taming Sari ini.Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenainya.Ada yang mengatakan ia hilang ghaib bersama Hang Tuah.Ada yang percaya keris Taming Sari telah dibawa ke Negeri Perak.
Menurut Hikayat yang empunya cerita Hang Tuah malu menyembah Duli Yang di Pertuan setelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang.Keris diberi kepada Tun Mamat sebagai penebus malu untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.Kekallah keris ditangan Baginda hingga di wariskan kepada Raja Muzaffar Sultan Perak yang pertama.Diturunkan kepada setiap Sultan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.
WaAllah hu alam..

Isnin, 31 Januari 2011

ETIKA DALAM DUNIA PERKERISAN


Dalam dunia perkerisan ada beberapa tatasusila yang wajib di patuhi demi untuk menjaga kesenian dan peradaban dunia keris itu sendiri.
Antaranya Etika mencabut keris dari warangka/sarungnya:

1. Melepas/mencabut keris dari warangka/sarungnya tidak boleh di lakukan oleh dua orang.Keris harus di lepaskan dari sarungnya oleh satu orang dengan tangan kirinya memegang sarung dan tangan kanan memegang hulu keris.

2. Setelah keris di lepaskan dari sarungnya,hujung bilah keris itu tidak boleh diarahkan kepada orang di hadapannya.Mengarahkan hujung keris kepada seseorang bukan sahaja tidak sopan tetapi juga membuat orang menjadi curiga.

3. Jika seseorang hendak meneliti kualiti/mutu keris dan pemilik keris itu ada dihadapannya,adalah tidak sopan jika ia menjentik keris tersebut.Menjentik keris untuk mendengar bunyinya hanya boleh dilakukan bila si pemilik keris tidak hadir berhampiran dengan nya.

4. Mengamati keris milik orang lain,hanya boleh dengan pengamatan pengelihatan sahaja.Tidak sopan bila sampai memegang bilah keris atau merabanya dihadapan pemilik keris itu, kecuali setelah mendapat keizinan dari empunya.

Ahad, 30 Januari 2011

Lembing/Tombak



Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan berperang(pertempuran jarak dekat)semenjak zaman kuno lagi.Biasanya ia diperbuat dari pada kayu dan mempunyai hujung yang tajam sama ada ia diperbuat dari hujung kayu itu sendiri atau di ikat/dikenakan bersama bahan lain seperti batu,besi yang ditajamkan matanya.
Perbezaan lembing dengan tombak ialah lembing bermata lurus,tirus sementara mata tombak pula berbentuk lebar dan berbilah.Cara mengunakannya ialah direjam atau di terjah ke arah sasaran.
Walaubagaimana pun ia kini tidak digunakan lagi sebagai senjata tetapi sekadar lambang/simbolik kuasa dalam istiadat istiadat tertentu sahaja.Sebagai contoh,Kerajaan Negeri Perak tanah tumpah darah ku mempunyai 16 batang lembing-lembing kerajaan yang diperbuat dari perak yang berukir indah.Ia akan di arak masuk ke dalam Balai Rong Seri bersama 16 kaki Payong Kerajaan dalam upacara Hari Kebesaran Negeri.Si pembawa lembing lembing ini di panggil Jejawat Lembing yang berapakaian serba puteh bersamping kuning dan bertengkolok kain batik bercorak gelam pekasam.
Saya memiliki 2 batang lembing/tombak lama yang tidak diketahui asal usulnya.Ketika di perolehi kedua duanya tidak berhulu.Puas saya mencari orang yang boleh membuat hulunya seperti kehendak dihati tetapi masih belum ditemui.Sementara waktu rotan sega dijadikan pengganti.

Rabu, 26 Januari 2011

Dagah Mindanau


Ada juga yang mengelarnya Dagah,Keris Moro atau kalis.Bilahnya tidak dituakan dan tidak berpamor tetapi berlok.Saya rasa senjata ini juga tergolong dalam jenis sundang.
Sundang adalah merupakan senjata tradisional yang digunakan oleh orang bugis dan sulu.Terdapat dua jenis sundang ia itu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan satu lagi sundang benbentuk keris besar samaada berluk atau pun tidak. Senjata ini selalunya digunakan untuk melibas,menetak dan tidak sesuai untuk menikam.
Senjata diatas saya perolehi semasa kunjungan saya ke Sabah beberapa tahun dahulu dari seseorang yag mengaku dirinya berbangsa moro sebagai tambahan kepada koleksi senjata tradisonal saya.

Khamis, 23 September 2010

Hulu keris Jawa Demam



Kebanyakan hulu keris waktu zaman sebelum kedatangan Islam di Nusantara banyak di pengaruhi oleh agama dan metos seperti bentuk pemujaan dewa-dewa Vishnu, Ganesh, Garuda,Bima dan Arjuna.Walaubagaimanapun setelah kedatangan islam bentuk bentuk ganjil dan menakutkan tadi beransur menjelma kepada bentuk yang lebih islamik dan bermotifkan alam semulajadi.
Hulu keris diatas adalah rupa bentuk transisi yang jelas .bergelar "jawa demam" atau pun "sejuk".Bertinggung dengan tangan berpeluk tubuh.Sekali pandang seperti kedudukan 'qiam' dalam sembahyang.Bentuk kepala pula berbeza pandangan,setengah yang melihat seperti burung,katak dan bermacam macam mengikut imiginasi masing masing.

Berasal dari Sumatra Tengah.
Harga Mahar RM300

Isnin, 20 September 2010

Pisau Cukur Sumbing




Pisau cukur merupakan peralatan mengemas janggut dan kumis bagi orang lelaki.Pisau cukur jenis ini selalunya digunakan orang inggeris.Mengikut sejarah pisau cukur jenis ni berasal dari sheffield ,sebuah daerah di England.Mula di buat pada tahun 1740.Walau bagaimana selepas tahun 60an pisau cukur modern pakai buang seperti 'Gilette' mendominasi pasaran.Akhirnya pisau cukur jenis ini jarang digunakan dan telah menjadi barang koleksi antik.
Pengunaanya di Tanah Melayu ketika itu mungkin di bawa oleh penjajah Belanda/Inggeris atau tukang tukang gunting berbangsa india/china.Mengikut catatan kilang pengeluar pisau cukur di Solingen,Germany ia mula mengeksport pisau cukur ke 'Malay Archipelago' pada tahun 1800 oleh 'Dutch East India Company'

Saya ada menyimpan 2 bilah pisau cukur ini.

Di perbuat di kilang yang terkenal 'FRIEDR.HERDER ABR.SOHN',SOLINGEN,Germany. Model "77".Mengikut lambang yang terukir pada mata pisau keluaran pertama adalah pada tahun 1895.
Mata pisau cukur ini telah sumbing-makan diri tanpa sebab.

Pisau kedua pula dibuat dikilang Sheffield United Kingdom England.Masih berkeadaan baik.

Dalam catatan Buku 'Spirit of Wood'ada menyebut mata pisau cukur telah diubahsuai dan digunakan sebagai mata pisau wali oleh pengukir pengukir dari Kelantan dan Terengganu.