Khamis, 23 September 2010
Hulu keris Jawa Demam
Kebanyakan hulu keris waktu zaman sebelum kedatangan Islam di Nusantara banyak di pengaruhi oleh agama dan metos seperti bentuk pemujaan dewa-dewa Vishnu, Ganesh, Garuda,Bima dan Arjuna.Walaubagaimanapun setelah kedatangan islam bentuk bentuk ganjil dan menakutkan tadi beransur menjelma kepada bentuk yang lebih islamik dan bermotifkan alam semulajadi.
Hulu keris diatas adalah rupa bentuk transisi yang jelas .bergelar "jawa demam" atau pun "sejuk".Bertinggung dengan tangan berpeluk tubuh.Sekali pandang seperti kedudukan 'qiam' dalam sembahyang.Bentuk kepala pula berbeza pandangan,setengah yang melihat seperti burung,katak dan bermacam macam mengikut imiginasi masing masing.
Berasal dari Sumatra Tengah.
Harga Mahar RM300
Isnin, 20 September 2010
Pisau Cukur Sumbing
Pisau cukur merupakan peralatan mengemas janggut dan kumis bagi orang lelaki.Pisau cukur jenis ini selalunya digunakan orang inggeris.Mengikut sejarah pisau cukur jenis ni berasal dari sheffield ,sebuah daerah di England.Mula di buat pada tahun 1740.Walau bagaimana selepas tahun 60an pisau cukur modern pakai buang seperti 'Gilette' mendominasi pasaran.Akhirnya pisau cukur jenis ini jarang digunakan dan telah menjadi barang koleksi antik.
Pengunaanya di Tanah Melayu ketika itu mungkin di bawa oleh penjajah Belanda/Inggeris atau tukang tukang gunting berbangsa india/china.Mengikut catatan kilang pengeluar pisau cukur di Solingen,Germany ia mula mengeksport pisau cukur ke 'Malay Archipelago' pada tahun 1800 oleh 'Dutch East India Company'
Saya ada menyimpan 2 bilah pisau cukur ini.
Di perbuat di kilang yang terkenal 'FRIEDR.HERDER ABR.SOHN',SOLINGEN,Germany. Model "77".Mengikut lambang yang terukir pada mata pisau keluaran pertama adalah pada tahun 1895.
Mata pisau cukur ini telah sumbing-makan diri tanpa sebab.
Pisau kedua pula dibuat dikilang Sheffield United Kingdom England.Masih berkeadaan baik.
Dalam catatan Buku 'Spirit of Wood'ada menyebut mata pisau cukur telah diubahsuai dan digunakan sebagai mata pisau wali oleh pengukir pengukir dari Kelantan dan Terengganu.
Selasa, 14 September 2010
Sejarah Bugis
Bugis
Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia,mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak, Menurut sumber secara lisan tidak bertulis yang lain pula sememangnya suku Bugis(buqis Kapal) dan suku Ugi dari kepulauan Sulawesi adalah berbeza. Bugis adalah berasal dari perkataan beribukan puteri Balqis(isteri kepada nabi Sulaiman)Permaisuri kerajaan Saba'(sheba). Mereka adalah pedagang rempah2, kemenyan atau kemian dan lain-lain di antara tanah Hadramaut, Yaman sehingga ke Tanah Ugi(Sulawesi) di Pandjung Luwuk semenjak beratus-ratus tahun sebelum Masehi lagi. Mereka adalah sangat berpegang teguh kepada ajaran Agama Islam sehingga salah seorang ketua kapal mereka yang terkenal Tuan Hj Besar Daeng Selili Pancung tanpa Tanya Matindro ri Kuala Kangsar telah dilantik menjadi mufti Perak(1745) dalam mengawal perlaksanaan hukum hudud di Negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (III) (1728-1756) oleh kerajaan Uthmaniyah Turki.
Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
Pengislaman Bugis
Pada abad ke 16 Sulawesi telah mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Bahasa Bugis
Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.
Dipetik dari Wikipedia.org

Khamis, 2 September 2010
Sabit Malinja
Aku tidak pasti kegunaan senjata/alat ini.Besar kemungkinan ia digunakan untuk menuai padi atau senjata tempur seperti yang digunakan oleh pahlawan Samurai/Ninja di Negara Matahari terbit Jepun.Aku perolehi dari tempat bernama Pandai Sikek,Padang. Tempat ini merupakan kampong tradisional yang menghasilkan seni songket tenun ,seni ukir yang mashur dan halus buatannya.Ini jelas terbukti jika melihat ukiran pada sarung sabit ini.
ukuran:14 1/2" (37cm)
Harga Mahar : 350.00
Rencong Pagar Ruyung
Setengah mengkatagorikan nya sebagai rencong,setengah pula kata tumbuk lada.Kalau sesiapa yang lebih arif boleh beri komen.Aku perolehi dari bumi PagarRuyung Sumatera tempat usul asal Wan Empuk Wan Malini.Senjata kecil ini hulunya dibuat dari tanduk sapi manakala sarungnya pula separuh kayu separuh tanduk.Bilahnya dari besi Waja . Ukuran : 9" (23cm)
Harga mahar : Rm 200.00
Sabtu, 19 Jun 2010
Keris Anak Alang
Keris Panjang atau Keris Bahari selalunya digunakan oleh gulongan bangsawan sebagai senjata Istiadat.
Ada juga menceritakan di zaman dahulu kala bahawa keris panjanglah digunakan oleh raja pemerintah sebagai senjata yang digunakan oleh tukang bunuh(executioner).
Apabila si pesalah sudah dijatuhkan hukum bunuh maka keris panjanglah yang akan digunakan untuk menamatkan riwayat sipesalah tadi-WaAllah huAlam.
Keris panjang ini berukuran 27" (68.5 cm).Asal usulnya tidak diketahui tetapi bilahnya memang asli diperbuat dari besi lama.Ketika ditemui tidak berhulu dan bersarung.Hasil tangan abang kandung ku dari Dato' Keramat telah membuat kan keris ini bertambah indah dan gah.
Mahar RM 2XXX
Ahad, 6 Jun 2010
Keris Semenanjung
Keris semenanjung ini aku perolehi dari seorang mengamal perubatan traditional beberapa tahun yang lalu.Ia keris ber lok 11,logam bilahnya masih berkeadaan baik.Sarong dan hulu nya dari kayu yang di buat oleh pengukir dari Terengganu. Keris ni pun jika kena mood dan masa nya bisa berdiri seperti Keris Bugis Pusaka aku yang terdahulu. Mahar RM XXXX
Isnin, 24 Mei 2010
Badek 'Sulawesi'
Badek ini juga adalah pusaka dari ayah mertuaku.Menurut cerita Allahyarham,badik ini dibawa bersama keris pusaka yang telah saya ceritakan dalam post terdahulu. Walaubagaimanapun orang banjar menggelarkan senjata ini sebagai 'Keris Belitung'.
Jika sesiapa yang kurang arif mengenai badik,Badik merupakan senjata tradisional yang hampir sama bentuknya dengan tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula dari segi ukurannya.Matanya lebih tegak,hulunya membongkok kebawah.
Badik ni bermata tegak dan mempunyai alur yang dalam ditengahnya.Tujuan alur ini selalunya terdapat di kebanyakan mata senjata tradisional ialah untuk mengalirkan darah dari kesan tikaman pabila di tusuk ke badan mangsa.Hulu dan sarung badik ini di perbuat dari kayu dan tanduk.Bilahnya pula diperbuat dari logam ,tidak berpamor. Masih berkeadaan baik tidak berkarat.
Khamis, 20 Mei 2010
Keris Sajen (Majapahit)
Keris sajen ini juga di panggil Keris Majapahit.Keris ini tidak digunakan sebagai senjata tetapi lebih kepada amalan perubatan,pemujaan atau sebagai tangkal.
Keris ini saya dapat dari sahabat lama.Ianya kembar.Kata tuan punya dulu satu jantan satu betina .Bilahnya diperbuat dari besi logam lama dengan berpamor.kalau nak tahu lebih lanjut tentang keris ini boleh lawati laman sesawang ini http://www.kerisattosanaji.com/kerissajen.html
Mahar :RM400
Tumbuk Lada Kulop Saidin
Selain keris, tumbuk lada pada zaman dahulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di kepulauan Riau,Deli,Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.
Tumbuk Lada ini saya dapat tanpa sarongnya. mata/bilahnya memang besi lama dan halus pembuatannya.Ditengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.Hulunya diperbuat dari kayu petai dan putinnya adalah suasa.Saya tempah Sarungnya dari kayu terpilih hasil tangan Pandai Besi tersohor dari Kuala Kangsar.
Mahar: RM1800
Anak Wali Pattani
Senjata ini dipanggil Anak wali.Kegunaanya seperti parang/kelewang.Dalam arus pembangunan moden masa kini senjata ini sudah jarang atau pun tidak lagi digunakan.Ia berasal dari Daerah Pattani Thailand.Tarikh dibuat tidak diketahui tetapi dari kajian dan pembacaan mungkin pada akhir kurun ke 18 atau awal kurun ke 19.Bilahnya bengkok seperti pisau sabit.bilah ini ditempa dari sekurang kurangnya 2 macam logam yakni besi dan bahan pamor.Dibahagian atas tengah bilah terdapat jambul yang berbentuk belalai gajah di hiasi dengan bentuk bunga.Hulunya di pebuat dari kayu keras dan bentuk stupa srta 2 cincin tembaga sebagai hiasan.
Ukuran :510x110
Mahar: RM850
Rabu, 19 Mei 2010
Keris Pusaka Hai Bugis Lamo
Keris ini merupakan keris yang di pusakai dari bapa mertua ku Allahyarham Hj. A.Zaini Dahalan bin Kulop Latiff.Allahyarham pula mempusakai keris tersebut dari ayahnya berketurunan Bugis yang merantau jauh dari Pulau Seluwesi berbekalkan keris sepukal ini.Buatannya sungguh halus .Matanya dibuat dari besi tempa tidak berlok.Hulu berbentuk jawa demam dan sampir dari kayu kenaung/kemuning.Saiz hujung kehujung 25cm.
Usianya tidak kurang dari 120 tahun sebab ayah mertua ku meninggal dalam tahun 1998 pun ketika itu umurnya 82 tahun.Menurut cerita, ayahnya Kulop Latif merantau ke semenanjung berusia belasan tahun
Tiada mistik ,tiada mentera cuma dengan izinNya ia bisa berdiri.
Langgan:
Catatan (Atom)