Isnin, 24 Mei 2010

Badek 'Sulawesi'



Badek ini juga adalah pusaka dari ayah mertuaku.Menurut cerita Allahyarham,badik ini dibawa bersama keris pusaka yang telah saya ceritakan dalam post terdahulu. Walaubagaimanapun orang banjar menggelarkan senjata ini sebagai 'Keris Belitung'.
Jika sesiapa yang kurang arif mengenai badik,Badik merupakan senjata tradisional yang hampir sama bentuknya dengan tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula dari segi ukurannya.Matanya lebih tegak,hulunya membongkok kebawah.
Badik ni bermata tegak dan mempunyai alur yang dalam ditengahnya.Tujuan alur ini selalunya terdapat di kebanyakan mata senjata tradisional ialah untuk mengalirkan darah dari kesan tikaman pabila di tusuk ke badan mangsa.Hulu dan sarung badik ini di perbuat dari kayu dan tanduk.Bilahnya pula diperbuat dari logam ,tidak berpamor. Masih berkeadaan baik tidak berkarat.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    sedikit yang saya ketahui soal badik sulawesi hasil dari pembicaraan saya sendiri dengan orang-orang di sulawesi
    sebagaimana keris di jawa, rencong di aceh, begitulah badik di sulawesi.
    badik dikatakan antara senjata panas yang bermaksud hanya boleh dipegang oleh tuan punya dan sekiranya dipegang selainnya, orang itu akan terasa 'panas'.
    badik yang berisi jarang dipertunjukkan kepada orang. ada yang menggunakan badik sebagai pelaris, malah ada beberapa yang menggunakan badik sebagai layaknya pisau pemotong daging sahaja.
    cara memegang badik juga ada beberapa cara. badik yang akan digunakan untuk memotong daging, dapat dipegang seperti mana pisau tetapi badik untuk bergaduh, dipegang secara kebelakang seperti parang ladeng.
    cara bermain badik juga yang saya dapatkan, bukanlah untuk menikam tetapi menghiris.
    dari bentuk badik juga, badik biasanya akan berupa 2 lapis besi, (atas dan bawah) lapisan yang dibawah boleh diganti dengan besi baru tetapi lapisan di atas perlu dikekalkan sekiranya mahu memperbaiki atau menempa badik baru. alasan yang digunakan, di situlah terkandungnya racun pada badik dan di situlah datangnya kelebihan-kelebihan badik terutama kalau badik itu berisi.
    sekilas yang saya dapat mengenai badik.
    untuk menanyakan soal badik sendiri pada orang-orang bugis di makassar, sulawesi adalah susah. seperti membicarakan soal yang sangat keramat.

    BalasPadam