Isnin, 24 Mei 2010
Badek 'Sulawesi'
Badek ini juga adalah pusaka dari ayah mertuaku.Menurut cerita Allahyarham,badik ini dibawa bersama keris pusaka yang telah saya ceritakan dalam post terdahulu. Walaubagaimanapun orang banjar menggelarkan senjata ini sebagai 'Keris Belitung'.
Jika sesiapa yang kurang arif mengenai badik,Badik merupakan senjata tradisional yang hampir sama bentuknya dengan tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula dari segi ukurannya.Matanya lebih tegak,hulunya membongkok kebawah.
Badik ni bermata tegak dan mempunyai alur yang dalam ditengahnya.Tujuan alur ini selalunya terdapat di kebanyakan mata senjata tradisional ialah untuk mengalirkan darah dari kesan tikaman pabila di tusuk ke badan mangsa.Hulu dan sarung badik ini di perbuat dari kayu dan tanduk.Bilahnya pula diperbuat dari logam ,tidak berpamor. Masih berkeadaan baik tidak berkarat.
Khamis, 20 Mei 2010
Keris Sajen (Majapahit)
Keris sajen ini juga di panggil Keris Majapahit.Keris ini tidak digunakan sebagai senjata tetapi lebih kepada amalan perubatan,pemujaan atau sebagai tangkal.
Keris ini saya dapat dari sahabat lama.Ianya kembar.Kata tuan punya dulu satu jantan satu betina .Bilahnya diperbuat dari besi logam lama dengan berpamor.kalau nak tahu lebih lanjut tentang keris ini boleh lawati laman sesawang ini http://www.kerisattosanaji.com/kerissajen.html
Mahar :RM400
Tumbuk Lada Kulop Saidin
Selain keris, tumbuk lada pada zaman dahulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di kepulauan Riau,Deli,Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.
Tumbuk Lada ini saya dapat tanpa sarongnya. mata/bilahnya memang besi lama dan halus pembuatannya.Ditengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.Hulunya diperbuat dari kayu petai dan putinnya adalah suasa.Saya tempah Sarungnya dari kayu terpilih hasil tangan Pandai Besi tersohor dari Kuala Kangsar.
Mahar: RM1800
Anak Wali Pattani
Senjata ini dipanggil Anak wali.Kegunaanya seperti parang/kelewang.Dalam arus pembangunan moden masa kini senjata ini sudah jarang atau pun tidak lagi digunakan.Ia berasal dari Daerah Pattani Thailand.Tarikh dibuat tidak diketahui tetapi dari kajian dan pembacaan mungkin pada akhir kurun ke 18 atau awal kurun ke 19.Bilahnya bengkok seperti pisau sabit.bilah ini ditempa dari sekurang kurangnya 2 macam logam yakni besi dan bahan pamor.Dibahagian atas tengah bilah terdapat jambul yang berbentuk belalai gajah di hiasi dengan bentuk bunga.Hulunya di pebuat dari kayu keras dan bentuk stupa srta 2 cincin tembaga sebagai hiasan.
Ukuran :510x110
Mahar: RM850
Rabu, 19 Mei 2010
Keris Pusaka Hai Bugis Lamo
Keris ini merupakan keris yang di pusakai dari bapa mertua ku Allahyarham Hj. A.Zaini Dahalan bin Kulop Latiff.Allahyarham pula mempusakai keris tersebut dari ayahnya berketurunan Bugis yang merantau jauh dari Pulau Seluwesi berbekalkan keris sepukal ini.Buatannya sungguh halus .Matanya dibuat dari besi tempa tidak berlok.Hulu berbentuk jawa demam dan sampir dari kayu kenaung/kemuning.Saiz hujung kehujung 25cm.
Usianya tidak kurang dari 120 tahun sebab ayah mertua ku meninggal dalam tahun 1998 pun ketika itu umurnya 82 tahun.Menurut cerita, ayahnya Kulop Latif merantau ke semenanjung berusia belasan tahun
Tiada mistik ,tiada mentera cuma dengan izinNya ia bisa berdiri.
Langgan:
Catatan (Atom)