Isnin, 31 Januari 2011

ETIKA DALAM DUNIA PERKERISAN


Dalam dunia perkerisan ada beberapa tatasusila yang wajib di patuhi demi untuk menjaga kesenian dan peradaban dunia keris itu sendiri.
Antaranya Etika mencabut keris dari warangka/sarungnya:

1. Melepas/mencabut keris dari warangka/sarungnya tidak boleh di lakukan oleh dua orang.Keris harus di lepaskan dari sarungnya oleh satu orang dengan tangan kirinya memegang sarung dan tangan kanan memegang hulu keris.

2. Setelah keris di lepaskan dari sarungnya,hujung bilah keris itu tidak boleh diarahkan kepada orang di hadapannya.Mengarahkan hujung keris kepada seseorang bukan sahaja tidak sopan tetapi juga membuat orang menjadi curiga.

3. Jika seseorang hendak meneliti kualiti/mutu keris dan pemilik keris itu ada dihadapannya,adalah tidak sopan jika ia menjentik keris tersebut.Menjentik keris untuk mendengar bunyinya hanya boleh dilakukan bila si pemilik keris tidak hadir berhampiran dengan nya.

4. Mengamati keris milik orang lain,hanya boleh dengan pengamatan pengelihatan sahaja.Tidak sopan bila sampai memegang bilah keris atau merabanya dihadapan pemilik keris itu, kecuali setelah mendapat keizinan dari empunya.

Ahad, 30 Januari 2011

Lembing/Tombak



Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan berperang(pertempuran jarak dekat)semenjak zaman kuno lagi.Biasanya ia diperbuat dari pada kayu dan mempunyai hujung yang tajam sama ada ia diperbuat dari hujung kayu itu sendiri atau di ikat/dikenakan bersama bahan lain seperti batu,besi yang ditajamkan matanya.
Perbezaan lembing dengan tombak ialah lembing bermata lurus,tirus sementara mata tombak pula berbentuk lebar dan berbilah.Cara mengunakannya ialah direjam atau di terjah ke arah sasaran.
Walaubagaimana pun ia kini tidak digunakan lagi sebagai senjata tetapi sekadar lambang/simbolik kuasa dalam istiadat istiadat tertentu sahaja.Sebagai contoh,Kerajaan Negeri Perak tanah tumpah darah ku mempunyai 16 batang lembing-lembing kerajaan yang diperbuat dari perak yang berukir indah.Ia akan di arak masuk ke dalam Balai Rong Seri bersama 16 kaki Payong Kerajaan dalam upacara Hari Kebesaran Negeri.Si pembawa lembing lembing ini di panggil Jejawat Lembing yang berapakaian serba puteh bersamping kuning dan bertengkolok kain batik bercorak gelam pekasam.
Saya memiliki 2 batang lembing/tombak lama yang tidak diketahui asal usulnya.Ketika di perolehi kedua duanya tidak berhulu.Puas saya mencari orang yang boleh membuat hulunya seperti kehendak dihati tetapi masih belum ditemui.Sementara waktu rotan sega dijadikan pengganti.

Rabu, 26 Januari 2011

Dagah Mindanau


Ada juga yang mengelarnya Dagah,Keris Moro atau kalis.Bilahnya tidak dituakan dan tidak berpamor tetapi berlok.Saya rasa senjata ini juga tergolong dalam jenis sundang.
Sundang adalah merupakan senjata tradisional yang digunakan oleh orang bugis dan sulu.Terdapat dua jenis sundang ia itu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan satu lagi sundang benbentuk keris besar samaada berluk atau pun tidak. Senjata ini selalunya digunakan untuk melibas,menetak dan tidak sesuai untuk menikam.
Senjata diatas saya perolehi semasa kunjungan saya ke Sabah beberapa tahun dahulu dari seseorang yag mengaku dirinya berbangsa moro sebagai tambahan kepada koleksi senjata tradisonal saya.